CONTACT US
 

万里望万华二校
SJK ( C ) WAN HWA 2
 
TAMAN RASI JAYA
31450, MENGLEMBU,
PERAK.
Kod Sekolah: ABC 2113

TEL: 05-2815069
FAKS: 05-2815069
EMEL: sjkcwanhwa2@gmail.com

 
QR CODE
 

 
 
 
 
本校沿革史

1914年,首创进德学校与本埠结尾(即今基督教会会址)。实行“总理制”,由梁公任总理。梁公迁居乙怡保,另迁侨领接任总理,掌管学校发展。

1931年,因人口教育需求,另创平民小学(万华前身)于戏院街。为统筹计,召集两校职员联席会议,商讨和拼事宜,并通过改“总理制”为“校董制”。

1939年和拼后,改为“公共万华学校”。斯时学生人数激增,原有教室不敷容纳,倡议成立委员会,筹建新校,在千呼万应中筹获二万余员。拟由会昌记开标承建教室十七间。 岂料适逢马来亚战争爆发,建筑材料受统制,建校工程受阻梗而告停滞。

1945年,马来西亚光复,儿童求学之需,响遍全埠,遂由董事长李坤文,张逊凡先生等召集会议,筹商复校。同年十月廿二日先行复校。

1946年,筹款添增教师八间,正式开课,仍不敷应用,为权宜计,加设下午班容纳过多学生,遂有上下午之分。

1948年,由张逊凡先生当主席,另组建校委员会,从事发展计划,并定每名学生每学期加收建校基金,翼能从速建筑教室,解除学童当急之需!
 
1951年,因紧急法令,移殖新村,获得批准新校地(即今校址),更已筹得十多万元,董事部遂议决动工分期完成,由曾昌记建廿十间砖瓦教室,以济燃眉之急!
 
1952年,接受政府津贴,改名为“万华标准型华文小学”。

1955年,在张逊凡董事长之英明领导暨李任凯校长志妥善策划下,三、四年间,卅间教室、校长室、办公室、书记室、营业部、十六间宿舍,食堂和礼堂各一座,即行建竣,共耗资卅多万元。同年十月廿二日举行新校舍落成典礼暨复校十周年纪念,恭请当时教育部长拿督阿都拉萨揭幕。

1959年,因学生人数增至二千五百多人,而为方便管校和提高学校行政效率,遂平分为一、二两间学校,皆属特大型之华文小学,万华第二校实由此时正式产生。

1962年,接受政府全部津贴,改名为“万华国民型华文小学第二校”。

1967年,张逊凡董事长倡议增建科学室,有关工程交由两校校长策划。由曾昌记承建科学室、图工室和图书馆各一间,共费六万多元。

1969年,科学室、音乐室、图工室及图书室落成启用。同年三月十四日教长因仄佐哈里莅校观察,誉万华为由董事部斥资建筑最完善之华小,并允拨款为每间教室装置两把风扇。迄至是年八月为建设万华二校鞠躬尽瘁之董事长暨建校委员会主席张逊凡不幸逝世,由李坤文先生续任董事长。

1972年,一、二校各拥有学生一千二百多人,各开廿六班,教职员亦各有四十人之多。本年政府实施“阿兹报告书”,除少数教师因年龄不利参加外,其余皆相继加入成为政府公务员。

1973年,本校共开卅班,动用音乐室和图书室上课,教职员共有四十五人,是本校之全盛期。

1976年,因本埠一些比较富裕子弟,多被送往怡保几间华小就读,致使本校学生人数大减,缩至廿九班。张珩周先生任期届满,而由陈孟利先生接任董事长一职。本校董事部,在丘友仁校长策划下,另组独立之董事部,因而一向共事万华一二校之同一董事部,亦从此分为两个相异之组织。
 
1978年8月间,本校家教协会主办千人宴,筹募学校发展基金暨学校福利金。

1979年,为养成学生课余之阅读风气和提高学生只阅读能力,二校改辟空余宿舍为图书馆。征得本埠将军庙及义山管理委员会捐建儿童游乐设备。在拿督曾永森部长莅访时,通过李锦辉先生向部长申请得拨款壹万肆千元修理沟渠和七千元修筑围篱。要求本校副董事长陈隆丰先生为万华整理门前之草场。
 
1980年,万华校舍自扩建迄今已历三、四十载之久,巍峨一时之建筑物,亦因受长期暴风疾雨之摧残,已面目全非,殷待修葺或更新。现任两校校长- 马来和校长(一校)暨傅清来校长(二校),为了联合改善学校的读书环境和提高学生的学习精神,除彼此注重己校之行政外,更共同大力计划发展共用之万华校舍。计目前共拟进行之事宜如下:
1. 分别整顿校风,严训学生遵守纪律和校规。
2. 联合粉刷教室墙壁。
3. 计划在校舍后之空地,拟建一座完善之科学馆、图书馆、图工室及视听教学室。
4. 两校董事部共同拟定计划,开辟万华新校地。

1981年,本校董事部、家教协会及校长的大力共同策划下,特联合第一校董事部、家教协会和校方,倡议维修本校之两座旧厕所及改建礼堂前花圃、围篱芭和加建两道隔绝外界的铁花篱芭与一座学生脚车亭。斯时,适逢房屋与地方政府部长-拿督梁维半博士莅访怡保。本校征得霹雳马华副会长李敬辉先生之协助,向部长申请拨款,进行上述三项工程,计所获拨款如下:
1. 建造学生脚车亭,获得七千元正。
2. 改建校门围篱、礼堂前花圃和加建两道隔绝外界的铁花篱芭,获得壹万元正。
3. 粉刷后部两座厕所及装上皆砖和磨石,共获壹万元正。
本校负责全部三项工程的接洽和进行,同时有关围篱芭和铁花款式的设计,亦由我校绘测。工程则交由怡保三和建筑公司主建而已“互相工作”(GOTONG-ROYONG)方式去完成。工程之监督小组,则由两校分别委任人选负责。三项工程全部耗费贰万七千八百元正,除部长之拨款外,仍不敷八百元正,此数由一、二校分担支付。督工小组人选-陈木林(主任)、钟连贤、黄健俊、傅清来、胡炜春、许淼坤、马来和。同年十一月廿一日,本校董事部及家教协会联合主办联欢晚会筹募学校维修及发展基金。
4.成立叶田遗孤信托基金

1982年,教员宿舍一排共四个单位于新春期间遭受回禄之灾,损失不赀。在二月十二日副教育部长拿督陈声新局绅官式莅访我校,并答应先后拨款八万元,作为兴建一座两校共用的多元活动中心及两间图书馆供一、二校各自应用。

1983年,由一年级开始,我国全面实行小学新课程(3M)教育制度。

1984年初,州议员吴莲芳女士拨款五千元,协助我校在后花园两旁增建两座有盖车棚。此外,两校拟增建一座有盖长廊,将后花园之多元活动中心与行将兴建之两间一、二校新图书馆衔接起来,以避免日后师生们遭受日晒雨淋之苦。新图书馆落成后旧有之食堂将被搬迁至新建的多元活动中心内。如此一来,我校的教学设备与学习环境因而更加完善,莘莘学子则受惠无穷矣!

1987年,新资料中心已告竣工,仍需添置设备。九月份,举行“千人宴”,共筹得近十一万零吉。

1988年,教师办公室与补习教室已经改善设备,如添购了风扇和桌子。同时,资料中心也设了许多现代化设备。今年,我校已开设补习班。五月,本校发起筹款活动及成立贫童信托基金委员会,以协助家境贫穷的邹佩凤,邹佩仪及邹佩君。此外,在温政善市议员及黄家泉行政议员的协助下,本校三条柏油路已筑成。从今年起,学校的地税豁免。十一月,我校展开88年学生运动大会,筹得约一万五千令吉,以购置乐器、增购图书和协助督导班等用途。

1990年,本年度获得三宗拨款:青年体育部拨八千令吉充购学生桌椅250套,教育部拨一千令吉充购食堂桌椅及人力资源部长林亚礼两万令吉充修理化粪池系统。同时,万里望少林洪泉体育会发起及义务搭建学校后面厕所之棚盖。

1992年,本校主办第一届“万华(二)校行”,款项超逾二万八千,以筹募本校活动基金及贫穷学生福利基金。十月份,学校成立图画辅导班。

1993年,本校举行千人宴以筹款建生活技能室。地点是在学校后礼堂。此外,我校也增添六张食堂长凳。八月份,郭天明副校长荣休,其职务由文冬华小调来的甄惠翠副校长代替。校工袁群娣报效三百令吉以填平电脑室前积水的空地。在十二月,学校开设电脑班。同时,学校购置上、下课电铃及修理图书馆屋顶漏水。

1994年,学校在三月份开设假期补习班。五月份,本校举行南洋行,共筹得四万余令吉。此外,学校也举办了UPSR试补习班,让六年级学生参加。宋荣彪捐出五千令吉,以作修理楼上课室木门之用途。本校于31-5-94举行刻字动工礼,以迎合“准拿督林道良师傅电脑室”开幕。同时,教育局拨出五万令吉给一、二校,以改善厕所和食堂等设施。全校推行晨读计划,为培养读书风气。十二月,本校举行电脑中心揭幕礼。

1995年,二月,教育局拨款三千令吉以购买科学仪器。由于学校缺科学馆,所以暂时把科艺室一分为二以应急。同时,一二校共用了一千令吉在学校后面进行铺洋灰和填平工程。在4月22日光华日报与黑皇啤酒联合主办皇星传灯义演,为万华一、二校筹募重修礼堂与设备基金。成功在培南独中礼堂举行。共筹获款项约十五万令吉。

1996年,王耀宗校长荣休,李依娥副校长兼代校长职务。陈孟利董事长和林道良副董事长合买一架新冷气机供电脑室用。兴良快餐店在九月为学校筹建礼堂,共筹得四千余令吉。十月份,学校改建阅报室为牙科室,以迎合牙医局的要求。同时,新校长正式派来我校主持校务;李依娥副校长则派往美罗平民掌校。

1997年,甄惠翠副校长由课外活动主任提升本校第一副校长;万华一校课外活动主任王雅媛调升本校第二副校长。二月份,学校举办“万华义跑”,共筹得款项约三万二千令吉。

1998年,学校获得市议员罗桂平先生争取了花苗并秧苗植树,以推展美化校园环境的计划。
 
1999年,学校围墙已完成,安全措施大大提升。同时,学校也获得教育局拨款一万五千令吉,以维修篮球场与课室。

2000年,校方在三月份被告知迁校手续已办妥,并发出准证。

 
2002年,董事部拨出一万令吉给五大机构建设篮球场。

2003年,进军点心茶楼举办义卖会。十一月份,新校地已正式批准了,地契由行政议员拿督黄家泉移交。此外,董事卢国强在同月份不幸病逝。

2004年,二月份,学校举行大义卖。本校也在新校地举办动土礼。贵宾包括拿督斯里黄家定、州务大臣、拿督斯里黄家泉等等。

2005年,曾舜爱校长调职到怡保培南华小掌校,其空缺由邝夏校长填补。是年九月九日由马华总秘书为迁建工程动工礼主持推展礼。叶田遗孤信托基金回馈十万元充作建校基金。九月二十四日举办皇帽传灯义演筹获超过五十万元。推泥工程于十月间进行。

2006年,建校工程如火如荼进行。九月十七日举行万华义跑筹获超过十一万,也将于十一月举行大义卖筹募建校基金。

Sejarah Sekolah
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1914 dengan nama Sekolah Chin Tet di bawah pimpinan Encik Leong Sin Nam di hujung pekan Menglembu. Pada tahun 1931, Encik Lee Koon Voon mendirikan sebuah lagi sekolah yang lain bernama Sekolah Pin Min di Jalan Tranchell, Menglembu. Pada tahun 1939, kedua-dua sekolah ini digabungkan dan dinamakan ‘Wan Hwa Public School’.
 
Semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup dan hanya dibuka semula pada 22 Oktober 1945 di bawah tuntutan Encik Lee Koon Voon dan Encik Chong Soon Fan. Semenjak itu bilangan murid yang menuntut di sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun.
 
Pada tahun 1959, jumlah bilangan murid telah meningkat hingga ke 2,500 orang. Pada tahun itu juga kesemua murid telah dibahagi kepada dua kumpulan yang sama ramai untuk membentuk dua sesi persekolahan. Setiap sesi terdiri daripada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam dua sesi iaitu pagi dan petang bagi memudahkan urusan penyeliaan dan pentadbiran sekolah.
 
Pada tahun 1969, Yang Berhormat Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Mohd. Khir Johari dalam lawatan rasminya ke sekolah ini telah mengumumkan untuk membiayai  perbelanjaan untuk memasang dua buah kipas dalam setiap bilik darjah.
 
Di bawah arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan dipengerusikan oleh Encik Cho Cheong Teen. Semenjak itu, persatuan ini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sekolah. Pada tahun 1977, Skim Pinjaman Buku Teks telah dilaksanakan oleh kerajaan dan di bawah skim ini, ramai murid dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat faedah.
 
Pada tahun 1981, pagar bersimen di depan sekolah dan tempat letak basikal didirikan dengan  peruntukan  sebanyak RM27,000.00 dari kerajaan melalui Menteri Perumahan ketika itu, Dato’ Dr. Neo Yee Pan.
 
Pada tahun 1984, sebuah bangunan serbaguna dan kantin telah dibina hasil dari kutipan derma daripada orang ramai dan bantuan modal daripada kerajaan. Tahun 1984 merupakan tahun yang paling bersejarah bagi sekolah ini kerana selain daripada pembinaan bangunan tersebut, prestasi akademik murid telah meningkat, 2 orang murid telah berjaya memperolehi A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah V. Kejayaan ini sungguh menggalakkan dan dipercayai akan menjadi pendorong semangat kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
 
Tahniah dan penghargaan diberikan kepada Guru Besar serta guru-guru sekolah ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik dari tahun ke tahun. Diharapkan dengan perlaksanaan Rancangan 5 tahun kelak, pencapaian murid-murid dalam lapangan akademik akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi melalui penyeliaan yang sistematik dan pengurusan yang lebih kemas.
 
Perkembangan terkini bagi SJK(C) Wan Hwa 2 sejak tahun 1999 ialah pihak sekolah dengan persetujuan Lembaga Pengurus dan PIBG telah bercadang untuk membina dan memindahkan sekolah ini ke tapak baru memandangkan jumlah bilik darjah serta kemudahan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung peningkatan bilangan murid yang belajar di kedua-dua buah sekolah.     
               
Pada 20.09.1999 kelulusan daripada Kementerian Pelajaran telah diperolehi bagi membina dan memindahkan sekolah ini ke tapak seluas 5 ekar di atas Lot PT 189709, Taman Rasi Jaya, Menglembu, Mukim Ulu Kinta untuk pembinaan bangunan sekolah 4 tingkat, dewan serbaguna dan kantin 1?  tingkat.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan Lembaga Pengurus telah menubuhkan Jawatankuasa Pemindahan & Pembinaan SJK(C) Wan Hwa 2 yang dipengerusikan oleh En. Tan Mung Lee bagi menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pembinaan sekolah baru ini di samping menjalankan pelbagai program bagi mengisi tabung untuk membiayai projek tersebut.
 
Pada 01.02.2000 Pn. Chan Soon Hoi dari SJK(C) Chung Tak, Kg. Simee telah bertukar sebagai Guru Besar SJK(C) Wan Hwa 2 dan segala kerja-kerja berkaitan pembinaan sekolah baru ini telah diambil-alih oleh beliau sepenuhnya.
 
Pada 20.10.2000 Jawatankuasa Pemindahan & Pembinaan sekolah baru telah menganjurkan persembahan “Tiger Power Hitz”. Sumbangan amal berjaya dikutip sebanyak RM1,060,000.00 dan sebanyak RM80,000.00 pula sumbangan ikhlas daripada persembahan “Royal London Circus”. Pada 07.09.2001 Y.B. Dato’ Seri Ling Liong Sik Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia telah merasmikan Upacara Majlis Makan Malam Amal yang diadakan di Dewan SJK(C) Wan Hwa, Menglembu.
 
Bagi memudahkan urusan penyaluran sumbangan dan sebagainya, Jawatankuasa Pemindahan dan Pembinaan sekolah pada 28.07.2002 dengan sebulat suara telah bersetuju melantik 4 orang Pemegang Amanah Projek Sekolah Baru iaitu En. Tan Eng Lee @ Tan Mung Lee P.M.P., A.M.P., En. Yeong Chee Wah A.M.P., En. Yee Wai Choy P.M.P. dan En. Ng Wah Sang @ Fong Nghee Foh P.P.T.
 
Pada 22.01.2003, pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kinta bagi Pemberimilikan Tanah Kerajaan kepada Pemegang Amanah SJK(C) Wan Hwa 2 untuk tujuan pembinaan sekolah baru di tapak seluas 5 ekar. Sijil Hakmilik tersebut telah diperolehi pada 28.12.2003 dalam satu Majlis Penyampaian oleh Y.B. Dato’ Ong Ka Chuan, Ahli Exco Negeri Perak.
 
Sehubungan itu, pada 07.03.2004 satu upacara Meletak Batu Asas/Pecah Tanah telah diadakan dan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan disertai Y.A.B Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak.
 
Pada 9.7.2005 Guru Besar baru, En. Kwong Har telah bertukar menggantikan Pn. Chan Soon Hoi. Di bawah pentadbiran beliau kerja-kerja pembinaan sekolah diteruskan dengan rancak. Pada 9.9.2005 Majlis Permulaan Kerja Pembinaan oleh Dato’ Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung merangkap Pengerusi MCA Perak telah diadakan. Pada 4.4.2006, kerja-kerja mengebom batu di tapak pembinaan sekolah telah diadakan. Susulan daripada itu, pada 4.9.2006 kerja-kerja ‘piling’ telah bermula. Kerja-kerja pembinaan fizikal sekolah dijangka siap sepenuhnya pada September 2008.
 
Dengan usaha gigih daripada semua pihak, akhirnya SJKC Wan Hwa 2, Menglembu, telah berjaya berpindah ke bangunan baru di kaki Bukit Kledang pada bulan Oktober, 2008.  Sekolah diguna dengan rasminya pada 27 Oktober, 2008 di bawah pimpinan Guru Besar pada masa itu ialah En. Foo Yuen Choy, PJK.
 
 
Sejarah dan ringkasan aktiviti untuk tempoh 15 tahun terkini adalah seperti berikut :
 
02.02.1994 : Jogathon Nanyang ‘94 yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau dan Gerakan Belia Bersatu Malaysia telah diadakan untuk kutipan derma.
 
01.02.1994 : Guru besar Encik Chin Kin Yao PPN telah ditukar ke SRJK(C) Sam Chai dan beliau digantikan oleh Encik Wang Yau Choong dari SRJK(C) Chemor.
 
05.10.1995 : Guru Besar En. Wang Yau Choong telah bersara wajib dan En. Foong Pooi Hoe, PKI dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar.
 
06.07.1996 : Pn. Lee Gaik Ngoh dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai dari
 
06.07.1996 hingga 15.10.1996.
 
16.10.1996 : Pn. Lee Kwai Thai, PJK telah ditukar menjadi Guru Besar SRJK(C) Wan Hwa 2, Menglembu.
 
30.05.1997 : Pn. Lee Kwai Thai, PJK telah bersara wajib.
 
16.06.1997 : Pn. Mar Lee Chin memegang jawatan Guru Besar di SJK(C) Wan Hwa 2. 
 
01.02.2000 : Pn. Mar Lee Chin ditukarkan ke SJK(C) Ave Maria dan beliau diganti oleh Pn. Chan Soon Hoi dari SJK(C) Chung Tak, Kg. Simee.
 
28.10.2002 : Pn. Ngo Mek Wong, PK Kokurikulum bertukar ke SJK(C) Uk Dih, Sitiawan dan beliau diganti oleh Pn. Yong Chee Fong dari SJK(C) Kuala Kuang.
 
24.11.2003 : Pn. Ong Ah Yen, PK1 ditukarkan ke SJK(C) New Kopisan, Gopeng dan beliau diganti oleh Pn. Liew Yoon Lin dari SJK(C) Perak .
 
20.04.2004 : Pn. Loo Kun Ying , PK HEM bersara wajib.
 
07.07.2004 : Cik Teh Bee Choon dari SJK(C) Chung Sin, Tanjung Malim bertukar masuk sebagai PK HEM.
 
09.07.2005 : Pn. Chan Soon Hoi, ditukarkan ke SJK(C) Poi Lam, Ipoh sebagai Guru Besar dan En. Kwong Har dari SJK(C) Shing Chung, Sg.Siput ditukar menggantikan beliau dan melapor diri pada 07.07.2005.
 
16.10.2006 : Pn. Yong Chee Fong, PK Kokurikulum ditukarkan ke SJK(C) Tanah Hitam, Chemor sebagai PK HEM.
 
16.03.2007  : En. Lew Chu Hong dari SJK(C) Hwa Lian 1, Pangkor melapor diri untuk menggantikan tempat PK Kokurikulum.
 
16.8.2007 : En. Lew Chu Hong ditukarkan ke SJK(C) Sam Tet, Ipoh sebagai Penolong Kanan HEM dan Pn. Woo Yee Ching dari SJK(C) Jelapang melapor diri sebagai PK Kokurikulum untuk mengganti tempatnya.

25.3.2008 : Pn. Liew Yoon Lin, PK 1 bersara wajib.
 
26.3.2008 : Cik Teh Bee Choon, PK HEM menerima surat kenaikan pangkat dari JPN sebagai PK1 menggantikan Pn. Liew Yoon Lin dan Pn. Woo Yee Ching, PK Kokurikulum sebagai PK HEM menggantikan Cik Teh Bee Choon.
 
1.5.2008 : En. Kwong Har, Guru Besar ditukarkan ke SJK(C) Sam Tet, Ipoh  dan tempat beliau digantikan oleh En. Foo Yuen Choy dari SJK(C) Poi Lam, Ipoh.
 
18.12.2008 : Pn. Lew Yin Yin dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama selepas jawatan tersebut dikosongkan selama 9 bulan.
 
16.10.2009 : Cik Teh Bee Choon (PK I) telah ditukar ke SJKC Lawan Kuda, Gopeng, Perak. Tempat beliau diganti oleh Pn. Foong Yim Fun dari SJK© Pasir Pinji 1, Ipoh sementara Pn. Woo Yee Ching (PK.II) juga ditukar ke SJKC Gunung Hijau, Pusing dan tempat beliau diganti oleh Cik Ong Siew Yoke dari SJKC New Kopisan, Gopeng.
 
16.10.2010 : Pn. Lew Yin Yin (PK Kk) telah ditukar ke SJKC Sam Chai, Ipoh dan tempat beliau diganti oleh En. Ng Wok Cheong dari SJKC Min Sin, Ampang, Ipoh.
 
01.03.2011 : Guru Besar En. Foo Yuen Choy, PJK ditukar ke SJKC Mambang    Diawan, Kampar dan tempat Guru Besar diganti oleh En. Chan Kwai Hoong, AMP. PPT dari SJKC Thong Hon, Tanjong Tualang.

17.03.2012 : Upacara Perasmian Bangunan Baru SJKC Wan Hwa 2, Menglembu Oleh Perdana Menteri  Malaysis YAB Dato Sri Mohd. Najib Bin Tuan Haji Abdul Razak.

 
 

万里望万华二校历届董事长  

年份