Sejarah Sekolah
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1914 dengan nama Sekolah Chin Tet di bawah pimpinan Encik Leong Sin Nam di hujung pekan Menglembu. Pada tahun 1931, Encik Lee Koon Voon mendirikan sebuah lagi sekolah yang lain bernama Sekolah Pin Min di Jalan Tranchell, Menglembu. Pada tahun 1939, kedua-dua sekolah ini digabungkan dan dinamakan ‘Wan Hwa Public School’.
Semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, sekolah ini terpaksa ditutup dan hanya dibuka semula pada 22 Oktober 1945 di bawah tuntutan Encik Lee Koon Voon dan Encik Chong Soon Fan. Semenjak itu bilangan murid yang menuntut di sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun.
Pada tahun 1959, jumlah bilangan murid telah meningkat hingga ke 2,500 orang. Pada tahun itu juga kesemua murid telah dibahagi kepada dua kumpulan yang sama ramai untuk membentuk dua sesi persekolahan. Setiap sesi terdiri daripada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam dua sesi iaitu pagi dan petang bagi memudahkan urusan penyeliaan dan pentadbiran sekolah.
Pada tahun 1969, Yang Berhormat Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Mohd. Khir Johari dalam lawatan rasminya ke sekolah ini telah mengumumkan untuk membiayai perbelanjaan untuk memasang dua buah kipas dalam setiap bilik darjah.
Di bawah arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan dipengerusikan oleh Encik Cho Cheong Teen. Semenjak itu, persatuan ini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sekolah. Pada tahun 1977, Skim Pinjaman Buku Teks telah dilaksanakan oleh kerajaan dan di bawah skim ini, ramai murid dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat faedah.
Pada tahun 1981, pagar bersimen di depan sekolah dan tempat letak basikal didirikan dengan peruntukan sebanyak RM27,000.00 dari kerajaan melalui Menteri Perumahan ketika itu, Dato’ Dr. Neo Yee Pan.
Pada tahun 1984, sebuah bangunan serbaguna dan kantin telah dibina hasil dari kutipan derma daripada orang ramai dan bantuan modal daripada kerajaan. Tahun 1984 merupakan tahun yang paling bersejarah bagi sekolah ini kerana selain daripada pembinaan bangunan tersebut, prestasi akademik murid telah meningkat, 2 orang murid telah berjaya memperolehi A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah V. Kejayaan ini sungguh menggalakkan dan dipercayai akan menjadi pendorong semangat kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Tahniah dan penghargaan diberikan kepada Guru Besar serta guru-guru sekolah ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik dari tahun ke tahun. Diharapkan dengan perlaksanaan Rancangan 5 tahun kelak, pencapaian murid-murid dalam lapangan akademik akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi melalui penyeliaan yang sistematik dan pengurusan yang lebih kemas.
Perkembangan terkini bagi SJK(C) Wan Hwa 2 sejak tahun 1999 ialah pihak sekolah dengan persetujuan Lembaga Pengurus dan PIBG telah bercadang untuk membina dan memindahkan sekolah ini ke tapak baru memandangkan jumlah bilik darjah serta kemudahan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung peningkatan bilangan murid yang belajar di kedua-dua buah sekolah.
Pada 20.09.1999 kelulusan daripada Kementerian Pelajaran telah diperolehi bagi membina dan memindahkan sekolah ini ke tapak seluas 5 ekar di atas Lot PT 189709, Taman Rasi Jaya, Menglembu, Mukim Ulu Kinta untuk pembinaan bangunan sekolah 4 tingkat, dewan serbaguna dan kantin 1? tingkat.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan Lembaga Pengurus telah menubuhkan Jawatankuasa Pemindahan & Pembinaan SJK(C) Wan Hwa 2 yang dipengerusikan oleh En. Tan Mung Lee bagi menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pembinaan sekolah baru ini di samping menjalankan pelbagai program bagi mengisi tabung untuk membiayai projek tersebut.
Pada 01.02.2000 Pn. Chan Soon Hoi dari SJK(C) Chung Tak, Kg. Simee telah bertukar sebagai Guru Besar SJK(C) Wan Hwa 2 dan segala kerja-kerja berkaitan pembinaan sekolah baru ini telah diambil-alih oleh beliau sepenuhnya.
Pada 20.10.2000 Jawatankuasa Pemindahan & Pembinaan sekolah baru telah menganjurkan persembahan “Tiger Power Hitz”. Sumbangan amal berjaya dikutip sebanyak RM1,060,000.00 dan sebanyak RM80,000.00 pula sumbangan ikhlas daripada persembahan “Royal London Circus”. Pada 07.09.2001 Y.B. Dato’ Seri Ling Liong Sik Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia telah merasmikan Upacara Majlis Makan Malam Amal yang diadakan di Dewan SJK(C) Wan Hwa, Menglembu.
Bagi memudahkan urusan penyaluran sumbangan dan sebagainya, Jawatankuasa Pemindahan dan Pembinaan sekolah pada 28.07.2002 dengan sebulat suara telah bersetuju melantik 4 orang Pemegang Amanah Projek Sekolah Baru iaitu En. Tan Eng Lee @ Tan Mung Lee P.M.P., A.M.P., En. Yeong Chee Wah A.M.P., En. Yee Wai Choy P.M.P. dan En. Ng Wah Sang @ Fong Nghee Foh P.P.T.
Pada 22.01.2003, pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kinta bagi Pemberimilikan Tanah Kerajaan kepada Pemegang Amanah SJK(C) Wan Hwa 2 untuk tujuan pembinaan sekolah baru di tapak seluas 5 ekar. Sijil Hakmilik tersebut telah diperolehi pada 28.12.2003 dalam satu Majlis Penyampaian oleh Y.B. Dato’ Ong Ka Chuan, Ahli Exco Negeri Perak.
Sehubungan itu, pada 07.03.2004 satu upacara Meletak Batu Asas/Pecah Tanah telah diadakan dan dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan disertai Y.A.B Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak.
Pada 9.7.2005 Guru Besar baru, En. Kwong Har telah bertukar menggantikan Pn. Chan Soon Hoi. Di bawah pentadbiran beliau kerja-kerja pembinaan sekolah diteruskan dengan rancak. Pada 9.9.2005 Majlis Permulaan Kerja Pembinaan oleh Dato’ Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung merangkap Pengerusi MCA Perak telah diadakan. Pada 4.4.2006, kerja-kerja mengebom batu di tapak pembinaan sekolah telah diadakan. Susulan daripada itu, pada 4.9.2006 kerja-kerja ‘piling’ telah bermula. Kerja-kerja pembinaan fizikal sekolah dijangka siap sepenuhnya pada September 2008.
Dengan usaha gigih daripada semua pihak, akhirnya SJKC Wan Hwa 2, Menglembu, telah berjaya berpindah ke bangunan baru di kaki Bukit Kledang pada bulan Oktober, 2008. Sekolah diguna dengan rasminya pada 27 Oktober, 2008 di bawah pimpinan Guru Besar pada masa itu ialah En. Foo Yuen Choy, PJK.
Sejarah dan ringkasan aktiviti untuk tempoh 15 tahun terkini adalah seperti berikut :
02.02.1994 : Jogathon Nanyang ‘94 yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau dan Gerakan Belia Bersatu Malaysia telah diadakan untuk kutipan derma.
01.02.1994 : Guru besar Encik Chin Kin Yao PPN telah ditukar ke SRJK(C) Sam Chai dan beliau digantikan oleh Encik Wang Yau Choong dari SRJK(C) Chemor.
05.10.1995 : Guru Besar En. Wang Yau Choong telah bersara wajib dan En. Foong Pooi Hoe, PKI dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar.
06.07.1996 : Pn. Lee Gaik Ngoh dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai dari
06.07.1996 hingga 15.10.1996.
16.10.1996 : Pn. Lee Kwai Thai, PJK telah ditukar menjadi Guru Besar SRJK(C) Wan Hwa 2, Menglembu.
30.05.1997 : Pn. Lee Kwai Thai, PJK telah bersara wajib.
16.06.1997 : Pn. Mar Lee Chin memegang jawatan Guru Besar di SJK(C) Wan Hwa 2.
01.02.2000 : Pn. Mar Lee Chin ditukarkan ke SJK(C) Ave Maria dan beliau diganti oleh Pn. Chan Soon Hoi dari SJK(C) Chung Tak, Kg. Simee.
28.10.2002 : Pn. Ngo Mek Wong, PK Kokurikulum bertukar ke SJK(C) Uk Dih, Sitiawan dan beliau diganti oleh Pn. Yong Chee Fong dari SJK(C) Kuala Kuang.
24.11.2003 : Pn. Ong Ah Yen, PK1 ditukarkan ke SJK(C) New Kopisan, Gopeng dan beliau diganti oleh Pn. Liew Yoon Lin dari SJK(C) Perak .
20.04.2004 : Pn. Loo Kun Ying , PK HEM bersara wajib.
07.07.2004 : Cik Teh Bee Choon dari SJK(C) Chung Sin, Tanjung Malim bertukar masuk sebagai PK HEM.
09.07.2005 : Pn. Chan Soon Hoi, ditukarkan ke SJK(C) Poi Lam, Ipoh sebagai Guru Besar dan En. Kwong Har dari SJK(C) Shing Chung, Sg.Siput ditukar menggantikan beliau dan melapor diri pada 07.07.2005.
16.10.2006 : Pn. Yong Chee Fong, PK Kokurikulum ditukarkan ke SJK(C) Tanah Hitam, Chemor sebagai PK HEM.
16.03.2007 : En. Lew Chu Hong dari SJK(C) Hwa Lian 1, Pangkor melapor diri untuk menggantikan tempat PK Kokurikulum.
16.8.2007 : En. Lew Chu Hong ditukarkan ke SJK(C) Sam Tet, Ipoh sebagai Penolong Kanan HEM dan Pn. Woo Yee Ching dari SJK(C) Jelapang melapor diri sebagai PK Kokurikulum untuk mengganti tempatnya.
25.3.2008 : Pn. Liew Yoon Lin, PK 1 bersara wajib.
26.3.2008 : Cik Teh Bee Choon, PK HEM menerima surat kenaikan pangkat dari JPN sebagai PK1 menggantikan Pn. Liew Yoon Lin dan Pn. Woo Yee Ching, PK Kokurikulum sebagai PK HEM menggantikan Cik Teh Bee Choon.
1.5.2008 : En. Kwong Har, Guru Besar ditukarkan ke SJK(C) Sam Tet, Ipoh dan tempat beliau digantikan oleh En. Foo Yuen Choy dari SJK(C) Poi Lam, Ipoh.
18.12.2008 : Pn. Lew Yin Yin dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama selepas jawatan tersebut dikosongkan selama 9 bulan.
16.10.2009 : Cik Teh Bee Choon (PK I) telah ditukar ke SJKC Lawan Kuda, Gopeng, Perak. Tempat beliau diganti oleh Pn. Foong Yim Fun dari SJK© Pasir Pinji 1, Ipoh sementara Pn. Woo Yee Ching (PK.II) juga ditukar ke SJKC Gunung Hijau, Pusing dan tempat beliau diganti oleh Cik Ong Siew Yoke dari SJKC New Kopisan, Gopeng.
16.10.2010 : Pn. Lew Yin Yin (PK Kk) telah ditukar ke SJKC Sam Chai, Ipoh dan tempat beliau diganti oleh En. Ng Wok Cheong dari SJKC Min Sin, Ampang, Ipoh.
01.03.2011 : Guru Besar En. Foo Yuen Choy, PJK ditukar ke SJKC Mambang Diawan, Kampar dan tempat Guru Besar diganti oleh En. Chan Kwai Hoong, AMP. PPT dari SJKC Thong Hon, Tanjong Tualang.
17.03.2012 : Upacara Perasmian Bangunan Baru SJKC Wan Hwa 2, Menglembu Oleh Perdana Menteri Malaysis YAB Dato Sri Mohd. Najib Bin Tuan Haji Abdul Razak.
|